Tuesday, June 30, 2015

Day 12, 13

Day 12

Sahur
-teamix hebalife
-shake herbalife
-Plain water 600ml

Berbuka
-Shake Herbalife
-kurma 1 biji

lepas terawih
-Nasi+gulai lemak ikan kering+ayam goreng 1 ketul
-Karipap 2 biji
-mee goreng 1/4
-sandwich tuna with biskut(small) 2 keping

Teamix- 1 liter
Plain Water- 3 Liter

*coach kata kena lebih lagi minum air.takut yang turun just air dalam badan. so, target plain water 3-4liter malam. Dan untuk sahur sekurangnya 1 liter. Kalau boleh bangun lebih awal, habiskan 2 liter.


Day 13

semangat macam drop je rasa. Rasa nk giveup. Tapi...huhu. Kalau xnak giveup dah, banyak kali dah aku giveup!!! mungkin tertekan sebab target untuk raya kan. Now, ketepikan raya tu.. xkisah la dapat turun berapa pun raya ni. Sekarang start je...buat macam biasa. Turun 1 kg sebulan pun xpe. Long journeyy... it's ok. Pelan2.. Ubah sikit2 yang mana boleh. Fighting for me!!!

Sahur
-Teamix
-Shake
-Kurma 3 biji
-taufufa 2,3 sudu
-cubit murtabak. cubit je taaauuu..sikit je.haha

Berbuka
-Kurma 1 biji
-Shake herbalife

Before isyak
-Teamix 300ml
-Pulut panggang 1 biji.

After Terawih
-Nasi sikittt+ikan pari bakar cicah air asam+kacang pangjang goreng(ada daging 2,3 ketul kecik2)+solok lada separuh
-Cendol+air kelapa
-Teamix 300ml

Plain Water 2.5L (air detoksss)

Sunday, June 28, 2015

Day 11

Sahur
-Shake Herbalife
-Kurma 1 biji
-kuih nekbat 1/2
-sup sayur+beberapa bebola ayam

Berbuka
-Kurma 1 biji
-Teamix herbalife 300ml
-Shake Herbalife

Lepas Terawih
-Teamix suam 300ml
-Nasi Air+isi ikan goreng sikit+ayam masak merah
-Daging kerutup seketul

Plain Water 2Liter

Saturday, June 27, 2015

Day 10 -new weight-

Sahur
-Teamix 300ml
-Shake Herbalife
-Kurma 1 biji
-Plain Water 500ml

Berbuka
-Teamix
-Shake Herbalife
-Kurma 1 biji

After Terawih (10pm)
-sup sayur(bebola ayam+soohon)
-ikan pari bakar

Before sleep
-Ephyra 1 sachet

Plain Water= 2.5L

Alhamdulillah, hari ni timbang berat untuk hari ke-10..
Akhirnyaaa...dapat tengok digit depan yang baru..haha..
69.7kg!!!!!
dalam 10 hari ni, turun dalam 2kg. Syukur..
harap dapat teruskan usaha..istiqamah.
untuk lebih sihat dan confident.

Friday, June 26, 2015

Day 9

Sahur
-Teamix 300ml
-Shake Herbalife
-Kurma 2 Biji
-Nasi Goreng 3 sudu (+acar timun dan bunga kobis)
-Plain Water 500ml and more..

Berbuka
-Teamix 300ml
-Shake Herbalife

Plain Water in between: 2L (and more..)

After Terawih
-makan lauk pauk (ikan keli bakar dan percik+daging masak lemak 3 ketul+ sayur masak lemak+dalca+ayam gunting 4 ketul)
-Kuih Pelita 1 biji

Thursday, June 25, 2015

Day 8

Sahur
-Shake Herbalife
-Kurma 4 biji
-Plain Water 500ml (-+)

Berbuka
-Shake (f1+f3)+Kurma 1 biji
-Teamix 300ml

Dinner/after terawih (9.30-11pm)
-Nasi 1/4+ Ayam percik
-Tomyam campur

Plain Water 2L (or more...)

Day 5, 6, 7

3 hari tak update diari makan.. haha..
sejujurnya day 5 tak ingat dah makan apa. hihi..
tapi aku cuba tulis lah yang mana ingat.

Day 5

Breakfast
-Shake Herbalife

Lunch
-overnight oatmeal
-ikan goreng

Dinner
-Nasi+ikan keli goreng+kerabu.

Plain Water+Teamix= (around 2.5Liter)


Day 6

Alhamdulillah baru start puasa ni. Harap dengan puasa ni dapat kontrol lagi makan dan lebih berdisiplin.

Sahur
-overnight oatmeal.
-plan water (+-) 500ml

Break the Fast
-Teamix 300ml+Kurma 1 biji (7.25pm)
-Shake Herbalife (7.45pm)

After Terawih/Dinner
-Daging Bakar+ Ayam gunting+ Kerabu
(9.30pm-12pm)
-Plain Water 2Liter

ok..memang berbuka dengan Shake herbalife dulu. Itu yang di ajar oleh coach herbalife aku dan kebanyakan coach2 lain. Sebab? yela, perut kita dah kosong. Berbuka tu ibarat macam sarapan la. Lebih elok minum shake dulu, pergi solat. Tak lah rasa berat makan nak solat. Ada yang ambik makanan/nasi lepas maghrib. Tapi aku prefer lebih isyak or terawih la. Sebab still rasa kenyang dan elakkan mengantuk time terawih. No hal sebenarnya makan malam tu lewat sebab jumlah kalori kita memang kurang untuk puasa. Sebab lain jugak, aku nak elakkan terlebih makan. Sebab confirm, kalau aku berbuka or makan makanan berat lepas maghrib, nanti balik terawih aku akan makan lagi, konon moreh la kan. So, lebih baik makan lepas tu terus. tapi pandai-pandai la, untuk yang nak kurus macam aku ni, kawal la makanan. Kalau rasa boleh tak ambil nasi, xyah ambil, or hadkan kepada 1 genggam sahaja. Makan makanan bewarna warni, lebihkan sayur dan cara masakan seperti rebus, panggang. Itu yang aku masih usahakan. hehe.. sebab untuk hari 1st tu melantak ayam gunting pulak. ok done membebel.. sambung untuk day 7 plak.

Day 7

Sahur
-Ephyra (5am)
-Shake Herbalife (F1+F3) + Kurma 3 Biji (5.20 am)
-Plain Water 500ml

Break the Fast
-Shake Herbalife (7.30pm)
-Kurma 2 Biji
-Teamix (8.20 pm)

Dinner/Lepas Terawih (10pm-11pm)
-Nasi Air (letak ikan bakar+sotong masak merah+serunding daging sikit+ salad)
-Coklat 1 keping
-Plain Water 2 Liter ( or more..)

Alhamdulillah.

Monday, June 22, 2015

Day 4 -new weight-

hye..ceria pulak rasa hari ni. Sebab timbang berat ada penurunan..haha. Betul ke? Baru 3 hari sekat makan sikit. Kalau tengok pemakanan aku 3hari ni memang kelaut lah. Dengan snacking macam-macam. Tapi sebenarnya itu dah kurang berbanding sebelum tu yang boleh dikatakan 24/7 aku menguyah. Kiranya untuk 3 hari ni aku berjaya kurangkan menguyah separuh dari tu. Hope lepas ni dapat kurangkan terus.

And..mungkin juga disebabkan ambil Teamix Herbalife yang berfungsi tingkatkan metabolisma badan dan membakar lemak. Pastu mungkin juga faktor semalam, aku muntah banyak. Lepas makan semalam, aku habiskan teamix tu dalam 1liter lebih jugak. Teamix tu boleh detoks badan kita juga. Mungkin muntah tu sebab detoks, dia buang semua bahan-bahan yang tak diperlukan, kotor dalam tubuh ni. Sekarang rasa clean je perut.

Disebabkan itu jugak lah, timbang berat pagi ni ada penurunan. Alhamdulillah, walau atas sebab apa sekali pun. hehe.. Harap ni boleh buatkan aku semangat lagi nak jaga makan.

Berat lates!!!! 70.7kg. wow!! terkejut juga. Dalam masa 3 hari turun  0.8gram. Hampir 1kg. Tapi tak nak lah terlalu happy sebab takut yang turun tu sebab air xde dalam badan ke apa. Tak apa, 3 hari lagi aku timbang. Tengok macam mana.

Today;

Breakfast
-Ephyra
-Shake Herbalife

Ayam goreng seketul(kecik jeeee...hehe)

Hi Tea
-Cendol
-Biskut

Dinner
-Nasi 1/4+daging masak kicap+ikan bakar cicah asam

Supper
-Roti cicah Daging kicap :-D

Saturday, June 20, 2015

Day 3

Banyak kunyah2 hari ni.. dan Nasi.. huhu.. Tapi cover dengan Teamix. Minum banyak2.

Breakfast
-Ephyra

Lunch
-Nasi+daging goreng+ayam percik
-roti bakar 1/2
-Warm Teamix 720ml

snacking
-cheese snack 1
-1 Genggam kerepek ikan
-Kerepek gulung 4 batang

-Plain Water 1.5

Hi tea
-pengat tapai

Dinner
-Nasi Arab

Teamix 1 liter


Bila nak kurus??? huhu...

Friday, June 19, 2015

Day 2

Day 2- rasa macam kurang sikit snacking pelik-pelik tu. Nak kurangkan kuih muih tu. Cuma jadual harian rasa pelik sikit. Bangun lewat, breakfast jadi lunch dah...huhu. And tak puasa di bulan puasa. Jadi xbrape best. Hope dapat makan dengan teratur nak2 time dah balik puasa nanti.

Wake Up
-Shake Herbalife

Snacking
-Kurma 1 Biji
-Kit Kat 1

In Between
-720 mlm Herbalife Teamix
-Plain Water 720ml

Dinner (7.30pm)
-Nasi+Ayam percik(sayap)+daging sup 1 ketul+kerabu
-Air Soya
-murtabak 3 slide kecil

Moreh? ( adds on juadah.. tiba2 ada orang bagi.huhu)
-Herbalife warm teamix 1 gelas
-karipap ubi 1 biji
-kuih kaya 1 biji

-Plain Water 1.5 L

Fighting for me.

71.5kg to 65kg this month!!!!

Day 1

Day 1.

Bermula dengan weight: 71.5 kg.

waaaaaa....giler berat tu. huhu.
target 65kg end of ramadhan ni boleh??
tapi harini punya diet macam kelaut je.
sebab period kan. boleh makan la siang.
cubit sikit2..rasa makanan yang dimasak.
jadi banyak jugak. tapi tahan la dari time biasa. menguyah 24jam.

Apa yang aku makan hari ni?

Wakeup:
-1 sachet Ephyra
Then:
-Shake Herbalife

In between:
Plain Water 750ml

Between 4pm-7pm
-kerepek 1/3 genggam.
-telur dadar sahur tadi 1/4
-kurma 1 biji
-rasa kuah gulai daging dengan ubi ketang 1/4
-snack cheese 1. (40 kalori..huhu)
-coklat hershey's with almond sebiji.

In between:
Plain water 750ml

Waktu Berbuka(7.25pm)
-Salad sayur
-Air Kelapa

Dinner (8.15pm)
-Teamix Herbalife 1 gelas
-Nasi 1/3
-Gulai daging
-ikan percik/ikan bakar

In between
-Plain water 700ml


*hmmm..masih tunggang langgang. Hope esok dapat perbaiki yang mana patut. Esp bab snack, kunyah2 tu. walaupun just cubit sikit2.

Thursday, June 18, 2015

Intro

Salam Ramadhan untuk semua.

Blog ni dibuat khas untuk aku mencatat apa yang aku makan..haha..boleh? sebenarnya untuk turunkan berat badan. And improve myself. Dari segi berat badan dan penampilan. kira macam diari lah untuk menjadi health..beauty..confident. Aku ambil keberkatan bulan ramadhan ni untuk memulakan secara serious. istiqamah. insyaAllah. harap-harap lah.

Tak tahu samada nak kata ni diari untuk journey loss weight or what. Aku cuba, tapi jadual makan aku hari-hari tu tak akan ada yang eat clean. Aku akan catat apa yang aku makan. Untuk aku nilai and tengok balik, ni hah yang kau makan hari-hari. Pastu lagi tanya kenapa gemuk?? haha.. i'll try. My best. Mungkin kalau buat catatan ni akan rasa lebih semangat dan kurang lah sikit makan tu.

Pertama, nak turunkan berat badan. which is, mungkin dalam 15-20kg untuk dibuang lemak berlebihan itu. haha.. target untuk ramadhan ni dapat turun 5kg pun ok dah.Tapi target utama haruslah untuk mengejar segala rahmat, ganjaran yang Allah nak berikan. Untuk turunkan berat ni jugak termasuk dalam  menjaga kesihatan. So, untuk support, aku akan mengambil produk Herbalife dalam misi ini. Dah pernah consume Herbalife. tapi on off. Kali ni cuba lagi. Hope boleh serious.

Seterusnya, aku akan consume sekali dengan Ephyra which is untuk kulit. Kulit aku dalam kategori berminyak, berjerawat, pori-pori terbuka, parut jerawat. Walaupun jerawat dah kurang. Tapi naik juga. Dan tinggalkan parut hitam. So aku ambil Ephyra. Ada bentuk serbuk, untuk diminum as supplemant. Dan sabun pencuci muka Ephyra. (Skin Bar). Sebelum ni dah 3 kotak Ephyra aku minum. So far Alhamdulillah, walaupun untuk kulit tak bagi kesan ketara sangat, tapi kesihatan improved. Period makin teratur, on time. Sistem pembuangan lawas, dan penghadaman aku semakin ok. Biasa, aku jenis yang lepas makan susah nak hadam. Akan muntah balik walau sedikit. Tapi lepas consume Ephyra, Alhamdulillah masalah tu aku perasan semakin berkurang.

And..aku period sebenarnya. So tak puasa lah esok. Tapi insyaAllah, aku cuba untuk buat plan dan jadual makan terbaik. Kita tengok macam mana.

MogaAllah permudahkan. Bagi kesihatan yang penting. Kecantikan itu untuk keyakinan semata. Moga niat ini sentiasa betul. Jangan kau balikkan niat aku untuk perkara yang mungkar. Amin.